Skuad B-23 hampir malukan Sabah

KUALA LUMPUR-Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara yang dalam persiapan menghadapi Piala AFF B-23 di Phnom Penh Kemboja pada tengah  bulan ini mencatatkan keputusan positif apabila seri 1-1 menentang Sabah FC di Stadium Likas malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada babak pertama.

Gol skuad B-23 hadir pada minit ke-76 hasil jaringan T. Saravanan.

Ketika skuad belia negara dilihat hampir memalukan Sabah, tuan rumah yang dibarisi ramai pemain senior dan kebangsaan bangkit mengubah keputusan untuk mengikat kedudukan menerusi jaringan pemain import mereka, Stuart Wilkins pada minit ke-81.

Keputusan seri dilihat memberikan suntikan motivasi kepada anak buah Brad Maloney meskipun tidak berjaya meraih kemenangan.

Skuad B-23 akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan menentang KL City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada 10 Februari sebelum berangkat ke Kemboja pada 12 Februari.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B, Malaysia akan menentang Myanmar di Stadium Prince pada 15 Februari sebelum menentang Loas di stadium sama dan mengakhiri perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Nasional Morodok Techo pada 21 Februari.

Format pertandingan kali ini menyaksikan setiap pasukan akan diundi dalam tiga kumpulan.

Tiga juara kumpulan dan naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.