Myanmar sekat hajat anak buah Ong Kim Swee

KUALA LUMPUR– Malaysia B-22 gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 menentang Myanmar 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan A Sukan SEA di Stadium Memorial Rizal Filipina, petang ini.

Myanmar yang bermain corak serangan pantas mengejutkan skuad negara pada minit ke-12 hasil jaringan Soe Moe Kyaw.

Tersentak jaringan itu anak buah Ong Kim Swee memperkemaskan permainan dan hasilnya Hady Fayyadh berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-23.

Pertengahan babak separuh masa kedua menyaksikan penyerang sensasi Luqman Hakim Shamsudin ditukar dengan Faisal Halim.

Pertukaran itu bagaimanapun gagal menambah bisa serangan skuad Kim Swee untuk merobek gawang anak buah Velizar Popov.

Keputusan seri dicatat memberi kesukaran Malaysia untuk memburu tempat di separuh akhir.

Menanti Malaysia selepas ini tuan rumah Filipina, Timor Leste dan Kemboja.

Rentas7.com/ Foto FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.