Tentera Thai putus kaki

Dua anggota yang cedera terbaring di tepi rel

PATANI-Dua tentera Thai cedera parah selepas sebutir bom meletup di atas rel kereta api Chenak hari ini.

Akibat letupan itu, salah seorang anggota putus kaki.

Kedua-dua anggota dari unit pemusnah bom (EOD) sebelum itu diarah ke lokasi selepas sebutir bom meletup di kawasan tersebut semalam.

Setakat kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.