Air bendang segar Patani

Seorang bapa mandi-manda bersama anak-anaknya

PATANI – Air parit segar dan berwarna hijau-kehijauan bagi kegunaan aktiviti pengairan sawah padi di Kampung Nakho Hilir di sini menjadi pilihan penduduk untuk bermandi-manda.

Peluang itu tidak dilepaskan penduduk pada hari yang bercuaca panas.

Paras air yang selamat membuatkan ada di antara ibu-bapa turut membawa anak-anak mereka bermandi-manda.

Lebih mengasyikkan apabila mereka mandi ditemani dengan suasana pemandangan kereta api yang berulang alik di laluan rel yang terletak bersebelahan sawah padi.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.