Giliran Malaysia B-18 kecewakan Indonesia

JAKARTA- Malaysia B-18 mara ke pentas akhir kejohanan Asian School Football U-18 selepas menewaskan tuan rumah Indonesia 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Balikpapan malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia bertemu Thailand bagi penentuan juara.

Dalam aksi sengit itu, Indonesia B-18 terlebih dahulu menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, kegagalan menyempurnakan sepakan penalti menyebabkan tuan rumah terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.

Keputusan itu menyaksikan puluhan ribu penonton yang hadir ke stadium kecewa.

Indonesia bakal bertemu Korea selatan bagi aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.