PATANI -Hak Asasi Manusia Patani (HAMP) mendakwa undang-undang darurat tentera telah dikuatkuasakan di wilayah Narathiwat dan memberi kuasa yang lebih luas kepada pasukan keselamatan untuk menjalankan operasi terhadap suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pejuang Patani.
Menurut HAMP, pihak berkuasa dibenarkan mengambil tindakan, termasuk melepaskan tembakan terhadap suspek dalam keadaan yang diperuntukkan di bawah undang-undang tersebut.
HAMP menyifatkan undang-undang itu sebagai “akta penindasan terhadap rakyat” dan mendakwa ia mula dikuatkuasakan pada jam 1.00 petang, 24 Julai 2026, di wilayah Narathiwat.
Pada 22 Julai lalu lima ranjer Thailand maut ditembak dalam serangan terbuka oleh kumpulan tidak dikenali.
Tentera menuduh serangan berkenaan dilakukan kumpulan pejuang sementara rakaman CCTV yang tular termasuk gambar mendedahkan sebaliknya.
Penduduk tempatan percaya serangan berkenaan dilakukan oleh pihak pro kerajaan atau tentera sendiri.
Salah satu kumpulan pejuang, PULO tampil menafikan serangan itu dilakukan pihak pejuang dan menuntut Thailand memberikan penjelasan sebenar.
RENTAS7








Leave a Reply