Siapa kata murid MBK tak berbakat?

BALING– Seramai 20 Murid Berkeperluan Khas (MBK) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah Kebangsaan (SK) Siong menyertai Kejohanan Merentas Desa 2020, baru-baru ini.

Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Siong, Siti Rosni Ahmad berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat MBK.

Menurutnya, pemenang akan mewakili PPKI untuk ke peringkat aliran perdana dan seterusnya daerah.

“Melalui program ini juga, murid-murid ini dapat mengenali masyarakat setempat termasuk melahirkan kemenjadian murid.

Peserta dan guru-guru membaca doa sebelum memulakan larian merentas desa

“Mereka juga dapat bersosialisasi sesama komuniti setempat,”katanya.

Tambah Siti Rosni, beliau amat berharap MBK tidak diabaikan.

“Saya berharap bakat-bakat yang ada pada mereka dapat diketengahkan seiring dengan para murid perdana dan tidak dipinggirkan dalam apa jua program sekolah,”katanya.

Program dirasmikan Guru Besar SK Siong, Siti Ramlah Ishak.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.