PUTRA desak kerajaan haramkan kemasukan pelancong China

PENGKALAN HULU– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia ( PUTRA) mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad segera mengharamkan kemasukan pelancong China ke negara ini.

Ketua Penyelaras PUTRA Kedah, Datuk Mustafa Idrus (gambar) berkata, nyawa rakyat Malaysia kini diancam bahaya ekoran sikap “lembab” kerajaan yang masih belum membuat sebarang tindakan wajar.

“Apakah akan terjadi kepada masyarakat Malaysia selepas jutaan pelancong China dibenarkan masuk?

“Pelancong-pelancong ini
masuk dengan membawa virus, ini memburukkan keadaan di negara kita,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Beliau berkata, PUTRA turut mendesak kerajaan menghantar pulang pelancong China yang kini berada dalam negara ini.

“PUTRA membantah sekeras-kerasnya kemasukan pelancong China ekoran wabak koranavirus yang semakin menular.

“Kami mendesak kerajaan menghalau semua penyokong China yang masih berada dalam negara ini sebelum ada nyawa rakyat melayang,”, katanya.

Di media sosial turut tular virus koranavirus yang dikatakan ada di Ipoh

Tambahnya, PUTRA sangat kesal dengan langkah kerajaan yang tidak bercadang menghentikan pengecualian visa selama 15 hari yang diperuntukkan kepada pelancong China walaupun nyawa rakyat kini diancam wabak tersebut.

“Mahathir kata belum tahap buruk. Apakah nak tunggu rakyat Malaysia semuanya baru nak Ambil tindakan?

“Jangan pertaruhkan nyawa rakyat kerana tahun melawat Malaysia!,”Katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir hari ini dilaporkan berkata wabak koranavirus di negara ini belum memasuki tahap kritikal dan kerajaan belum merancang melarang kemasukan pelancong dari Wuhan China ke Malaysia.

Media pada semalam melaporkan kerajaan juga tidak bercadang menghentikan pengecualian visa selama 15 hari yang diperuntukkan kepada pelancong China.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan empat kes positif koronavirus di negara ini.

Virus bahaya itu dikesan daripada pelancong China.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.