KUALA LUMPUR-Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersahaja melayani kritikan pengguna Facebook di media sosial.
Anwar yang sering berkongsi aktiviti di Facebook kali ini mencoret, “Saya ikuti langsung pertarungan Malaysia vs Thailand.
“Corak permainan yang semakin mantap dari hemat saya, selain semangat juang yang jitu ditonjolkan.
“Alhamdulillah, kita mara ke final. Mara terus, Harimau Malaya!
Walaupun status itu ditulis pada Rabu, 5 Disember lalu ia tetap menarik perhatian pelayar Facebook untuk memberikan komen.
“DSAI esok kutip sampah kat pantai PD Tak?,” tulis Khairul Amin pada 7 Disember.
Komen itu nyata menarik perhatian bakal Perdana Menteri kelapan itu.
“Setiap hujung minggu-kebersihan tanggungjawab semua,” balas Anwar”.
Seorang pelayar, En Mad II, pula membalas komen Anwar dengan berkata, Anwar Ibrahim rajin membalas.
Anwar mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.
Pemimpin utama PKR itu mula dipenjarakan pada 10 Feb 2015 selepas dituduh melakukan kesalahan liwat.
Di bawah era Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada pejuang reformasi itu.
Sumber: Rentas7.com
Leave a Reply