Serangan hendap, askar Siam cedera

Keadaan jalan di lokasi serangan

PATANI -Seorang askar sukarelawan Siam mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaikinya terkena letupan bom dalam satu insiden di jalan raya Suwari–Resok, wilayah Narathiwat, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan turut dilaporkan cedera.

Serangan hendap yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pejuang pembebasan itu menyebabkan satu lubang besar terbentuk di tengah jalan akibat letupan kuat. Kenderaan yang dinaiki anggota terbabit juga mengalami kerosakan teruk.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang dan motif kejadian.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.