Malaysia tumbang di tangan pasukan lemah, Loas

VIENTIANE– Skuad remaja negara merintis jalan sukar untuk layak ke Piala Asia B-16 tahun depan selepas tewas 1-0 kepada tuan rumah Loas di Stadium Nasional Loas, sebentar tadi.

Kekalahan dalam aksi kedua Kumpulan J itu dilihat bakal memadam impian Malaysia untuk membuat penampilan dalam saingan penuh prestij itu.

Menentang Jepun pada aksi akhir pada Ahad 22 September, Malaysia tiada pilihan lain untuk layak melainkan wajib mencipta kemenangan.

Dalam aksi malam ini, Loas yang dianggap lemah membuka tirai jaringan seawal minit keempat oleh Lavi Somthongkham.

Skuad bimbingan P. Maniam mempunyai beberapa peluang keemasan pada kedua-dua babak, namun gagal menembusi benteng Loas yang kebal “berkampung” di kubu sendiri.

Menuju minit ke 90, salah seorang pemain negara dilayangkan kad merah kerana didakwa mengasari pihak lawan oleh pengadil.

Dalam satu lagi aksi, Jepun merekodkan kemenangan selesa atasi Kemboja 8-0.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.