Ribut kencang, pokok tumbang hempap peniaga

ALOR SETAR- Tiga peniaga cedera setelah dihempap sebatang pokok tumbang di Pasar Besar Padang Serai, Kulim petang tadi.

Empat buah gerai jualan, sebuah van dan sebuah kereta turut rosak akibat kejadian itu.

Difahamkan, mangsa seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami patah bahagian kaki kiri dan bahu manakala dua lagi perempuan berusia 23 dan 53 tahun mengalami kecederaan ringan.

Menurut jurucakap bomba, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.44 petang.

“Tiga mangsa terlibat telah dibawa ke hospital sebelum ketibaan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kulim Hi-tech,”katanya.

Gerai terlibat turut rosak dalam kejadian ribut petang tadi

Beliau berkata, anggota BBP bertindak memotong pokok yang merentangi jalan menggunakan “chain saw” serta membuka semula laluan yang tertutup akibat pokok tumbang.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.