LUNAS- Dua pasangan kekasih ditahan Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di sebuah motel di sini, awal pagi tadi.
Mereka ditahan termasuk dua remaja perempuan yang masih lagi bersekolah.
Ketua Penguatkuasa, Anwar Sariffudin Mat Saat berkata, dua pasangan kekasih itu ditahan dalam dua buah bilik berasingan pada jam 1.06 pagi dan 1.18 pagi.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati mereka bersekedudukan dalam dua buah bilik berasingan tanpa mempunyai hubungan suami isteri.
“Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dari Kampung Baru Ladang Padang Cenderai Kuala Nerang manakala pasangannya berusia 16 tahun dari Kampung Seratus, Kulim.

“Tangkapan kedua di sebuah lagi bilik melibatkan seorang lelaki berusia 20 tahun dari Padang Sanai, Kuala Nerang dan perempuan berusia 15 tahun dari Kampung Bikan, Kulim,”katanya.
Beliau berkata, dua pasangan itu ditahan bawah Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Terdahulu, Anwar bersama seorang penguatkuasa dan empat polis melakukan serbuan di lokasi terlibat setelah menerima aduan awam.
Rentas7.com
Leave a Reply