CENDERAMATA UNIK DARI PENGANJUR

Ruang dalam kontena yang dijadikan tempat tinggal

BALING – Sekampit beras dan sebungkus minyak masak menjadi cenderamata kepada peserta bengkel penulisan berita dan kewartawanan.

Kelainan itu dicetuskan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bayu selaku penganjur program dengan kerjasama Rentas7 dan syarikat pengeluar tudung, By Humayyra.

Peserta (kiri) menerima cenderamata berupa sekampit beras dan sebungkus minyak masak dari penganjur

Pegawai PKWR DUN Bayu, Fakhrurazi Ahmad berkata, ia akan menjadi kenangan untuk peserta yang julung kali mendapat hadiah seumpama itu.

Menurutnya, ini adalah satu kelainan dan ia akan menjadi ingatan manis kerana beras adalah makanan ruji penduduk negara ini.

“Sebagai tanda ingatan, peserta yang berjaya menamatkan bengkel menerima beras dan minyak masak termasuk sijil penghargaan,” katanya di sini, hari ini.

Peserta tekun mendengar penerangan penceramah

Sembilan peserta yang mewakili pelbagai organisasi antaranya pertubuhan bukan kerajaan dan surau.

Peserta diajar teknik-teknik khas dalam penulisan berita

Ia bermula dari 11 dan 12 Februari itu di pejabat PKWR DUN Bayu.

Beliau berkata, tujuan bengkel itu bagi mendidik masyarakat mengenai cara menulis laporan mengikut format yang betul.

Salah seorang peserta sedang menulis berita

“Program ini amat membantu peserta melaporkan setiap aktiviti organisasi diwakili mereka,” katanya.

Beliau berkata, PKWR DUN Bayu merancang menganjurkan pelbagai lagi bentuk program berilmiah kepada masyarakat.

Abd Nasir kanan menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan Mohd Idros Mohd Ali

“Setiap bengkel akan dianjurkan secara percuma kepada masyarakat. Inisiatif ini dibuat ADUN Bayu, Abd Nasir Idris khas untuk rakyat di kawasan beliau,” katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.