“PH mempunyai 129 sokongan kisah dongeng, Manifesto pun menipu”

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Dakwaan kononnya Pakatan Harapan (PH) mempunyai 129 sokongan Ahli Parlimen hanyalah sebuah kisah dongeng ulangan.

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, retorik itu terus dimainkan bagi menggambarkan PH seoalah-olah mempunyai majoriti sedangkan mereka tidak mempunyai sokongan.

“Siapa tak kenal dengan PH? Manifesto pun menipu apatah lagi dengan kisah dongeng kononnya mempunyai 129 sokongan Ahli Parlimen.

“Jika benar sudah cukup, hari ini lagi mereka bertemu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi mengesahkan sokongan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha PH mahu menggulingkan kerajaan yang sah menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Mereka seoalah-olah takutkan sesuatu. Adakah mereka takut kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendedahkan sesuatu?

“Jika kamu benar bersih dan berjuang demi rakyat tunggulah sahajalah Pilihan Raya Umum (PRU15),”katanya.

Mustaffa berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihati tidak memberikan muka kepada kelompok yang mahu mencabar keputusan YDPA melantik Perdana Menteri.

“Sekiranya negara terus diheret ke dalam perebutan politik, Malaysia bakal berdepan ketidakstabilan politik serta ekonomi sekaligus menjejaskan rakyat.

“PAMM berharap Perdana Menteri heret sahaja pengkhianat negara ke muka pengadilan,”katanya.

Terdahulu, timbul desas desus PH mempunyai 129 sokongan Ahli Dewan Rakyat dan bakal membentuk kerajaan dalam masa terdekat.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.