COVID-19 meningkat, Myanmar mula panik

KUALA LUMPUR– Kerajaan Myanmar meningkatkan kawalan pergerakan rakyat bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Jalan seluruh negara mula ditutup secara berperingkat dengan kawalan pasukan keselamatan mulai 13 Mei hingga hari ini.

Myanmar juga menetapkan hukuman tiga tahun penjara atau denda bagi mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard ( SOP) ditetapkan.

Memetik RFA Burmese, Myanmar meningkatkan tahap kawalan berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara itu.

Sebelum ini, Myanmar dilaporkan kurang memberikan penekanan kepada kawalan pergerakan rakyatnya.

Seorang rakyat tempatan, Aun Thien,47, berkata, rakyat kurang mematuhi penjarakan sosial walaupun kerajaan telah menguar-uarkan langkah berjaga-jaga.

“Kerajaan di sini sebelum ini kurang memberikan penekanan untuk mengawal pergerakan rakyat menyebabkan rakyat juga ambil ringan soal keselamatan diri.

“Tetapi apabila kes semakin meningkat, kerajaan mula risau. Bagi rakyat yang miskin mereka masih keluar seperti biasa mencari sumber pendapatan,”katanya.

Setakat hari ini, Myanmar mencatat 206 kes jangkitan dan enam kes kematian akibat wabak COVID-19.

Rentas7.com/ Foto: RFA

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.