Raya Haji di Malaysia jatuh 10 Julai

PERISYTIHARAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN TARIKH
HARI RAYA QURBAN (AIDILADHA) 1443 HIJRIAH / 2022 MASEHI

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia
Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan
bahawa 1 Zulhijjah, 1443 Hijriah ialah pada 1 hb. Julai, 2022 Masehi. Oleh
yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi Negeri-negeri seluruh
Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 hb Julai 2022 Masehi”.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Kuala Lumpur.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.