Songkhla kembali hidup

Bagaimanapun masih ada sekatan dibuat iaitu larangan keluar rumah bermula jam 9 malam hingga empat pagi

SONGKHLA– sebahagian besar premis perniagaan di sini sudah mula dibenarkan beroperasi mulai hari ini.

Langkah itu diambil kerajaan setelah mengambil kira pelbagai faktor seperti ekonomi, kadar jangkitan, vaksinasi dan sebagainya.

Orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Memetik Danok Times, antara dibenarkan beroperasi ialah pusat membeli belah, pasar, restoran, tukang gunting rambut, urutan kaki, pengangkutan domestik, perjalanan domestik dan taman awam.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengenakan larangan keluar rumah bermula jam 9 malam hingga empat pagi.

Sekatan itu dibuat bagi mencecah penularan wabak COVID-19.

Di sebalik perkembangan terbaru itu, bandar Hatyai dan Dannok yang berada dalam wilayah Songkhla dijangka tetap ‘sunyi’ memandangkan selama ini ia hanya meriah dengan pengunjung dari Malaysia.

Malaysia dan Thailand belum mengumumkan pembukaan sempadan kedua-dua buah negara ekoran penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi.

RENTAS7

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.