Benar kedai gunting rambut dibuka, Najib bersuara..

KUALA LUMPUR-Disiplin rakyat dan majikan lebih utama berbanding isu kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ramai tidak bersetuju tentang langkah kerajaan untuk membenarkan kedai gunting termasuk kedai elektronik, dobi dan kedai cermin mata untuk dibuka.

Sambil berseloroh, Najib berkata dia juga setuju sekiranya kedai gunting rambut ditangguh sementara memandangkan rambutnya juga belum panjang dan matanya belum kabur.

“Tapi saya rasa keperluan yang paling utama ialah perangai dan disiplin rakyat serta majikan kita sendiri,”,katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Selain itu, Najib turut menyoal apakah majikan di negara ini telah bertindak sewajarnya terhadap pekerja mereka.

“Adakah majikan kita akan bertindak seperti majikan negara-negara itu untuk memwajibkan setiap pekerja untuk mengimbas suhu badan mereka dan memastikan setiap pekerja memakai topeng muka sebelum pada permulaan setiap hari kerja serta sering menyahkuman tempat kerja?,”katanya.

Beliau berkata, tiada guna rakyat mengadu tentang kedai gunting rambut jika tidak mendipslinkan diri di tempat lain

“Tiada guna kita mengadu tentang kedai gunting rambut jika kita masih berebut-rebut menyerbu kaunter bank, ofis KWSP, ofis LHDN dan kaunter bayaran supermarket tanpa mematuhi keperluan untuk jarakkan diri dan memakai topeng muka.

“Adakah Rakyat sendiri mampu berdisiplin seperti warga negara-negara lain jika kita mahu situasi Covid terkawal seperti mereka?,katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang PKP termasuk perkhidmatan gunting rambut dan kedai dobi.

Bagi sebahagian rakyat beranggapan ia perkhidmatan yang tidak wajar beroperasi dalam tempoh PKP kerana khuatir mudah dijangkiti wabak COVID-19.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.