JPN rai mereka memerlukan

Caption: Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman (berbaju putih barisan dua di tengah) bergambar kenangan dengan pegawai pegawai pengurusan tertinggi jabatan dan penerima sumbangan di Dewan Al Farabi baru baru ini.

ALOR SETAR-Seramai 26 orang pekerja syarikat perkhidmatan kebersihan dan kawalan keselamatan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menerima sumbangan amal sempena bulan Ramadan yang mulia, di Dewan Al Farabi, JPN Kedah baru baru ini.

Barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, produk minum, kuih raya dan wang tunai telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Abd Aziz Selaiman.

Abd Aziz berkata, beliau mengucapkan setinggi tinggi terima dan penghargaan kepada Sektor Pendidikan Islam yang bertungkus lumus mencari dana dan mengendalikan program.

“Ini merupakan satu tugas yang mulia yang patut diamalkan oleh umat Islam di bulan yang mulia  terutamanya membantu mereka memerlukan.

Caption:
Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman (berbaju putih barisan dua di tengah) bergambar kenangan dengan pegawai pegawai pengurusan tertinggi jabatan dan penerima sumbangan di Dewan Al Farabi baru baru ini.

“Saya berharap sumbangan seperti ini dapat memberi kegembiraan kepada semua penerima yang sedikit sebanyak boleh mengurangkan beban ditanggung mereka,”katanya.

Selain itu katanya, sumbangan yang disampaikan  menunjukkan keprihatinan warga pendidikan terhadap rakan sekerja yang amat memerlukan perhatian.

“Ini adalah usaha kita bersama memajukan pendidikan di negeri ini.

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa masjid dalam negeri Kedah yang memberi kerjasama membantu JPN dalam menguruskan kelas tuisyen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara percuma kepada anak anak kariah,”katanya.

Beliau berkata,  pihak masjid diharap memanfaat sumbangan tabung masjid bagi membantu anak anak kariah yang miskin tegar dan  memerlukan sumber kewangan untuk melanjutkan Pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya lagi, pihaknya kini sedang berusaha mengadakan tabung makanan “food bank” di beberapa sekolah terpilih.

“Ia bertujuan membantu anak anak miskin yang bersekolah di situ dapat bersarapan dan makan pada waktu rehat.

“JPN mahu memastikan mereka tidak berada dalam kelaparan sepanjang hari ketika mengikuti pembelajaran di sekolah,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.