Jalan Aring 8- Kenyir- Kuala Jeneris ditutup sementara

Cerun jalan yang runtuh sejak tengah hari tadi

HULU TERENGGANU-Jalan Aring 8- Kenyir- Kuala Jeneris dalam daerah ini Terengganu ditutup sementara ekoran cerun jalan yang runtuh.

Roadcare (M) Sdn Bhd dalam kenyataan berkata, “embankment” sepanjang 100 meter didapati runtuh pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Kenyataan berkata, runtuhan tanah masih terjadi dan penutupan segera jalan sedang dilakukan.

“Jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan,”katanya.

Pengguna kenderaan boleh melalui jalan alternatif iaitu Kuala Krai FT08.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.