Tiada kerajaan dapat dibentuk jadi sejarah baharu negara

Datuk Mustaffa Idrus

KUALA LUMPUR -Tiada kerajaan dapat dibentuk selepas PRU-15 merupakan sejarah baharu untuk politik negara.

Pengerusi  Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, negara melakar episod sejarah baharu apabila tiada mana-mana parti dapat membentuk kerajaan selepas PRU dijalankan.

Menurutnya, lebih merungsingkan apabila kerajaan gagal dibentuk selepas L tarikh berlangsung PRU-15 ekoran tiada kesefahaman di antara semua parti politik.

“Keadaan ini berlaku kerana ada parti politik hanya mementingkan kepentingan diri walaupun mereka telah dihukum rakyat,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, masa depan rakyat menjadi persoalan selepas sebarang keputusan belum dapat dituntaskan.

“Dalam situasi genting ini PAMM menyeru umat Islam supaya dapat melakukan solat hajat dan teruskan berdoa supaya konflik melanda negara dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Penubuhan kerajaan bukan benda main-main. Ia soal amat penting terhadap masa depan negara dan rakyat,”katanya.

Beliau berkata, semua pemimpin parti politik perlu mengambil iktibar daripada apa sedang berlaku.

“Jelas di depan mata rakyat sudah menyampah dengan parti rasuah dan penyelewengan.

“Namun satu hal lagi, rakyat memerlukan kepimpinan yang bersatu hati demi menjaga masa depan negara dan rakyat,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.