Penduduk dakwa jalan tak pernah turap, hanya tampung

Jalan ini dikatakan hanya ditampung dan tidak pernah diturap

BALING– Hanya tampung dan belumĀ  diturap.

Itu luahan pengguna jalan raya Kupang- Grik apabila jalan sepanjang kira-kira tiga kilometer dari simpang tiga Kampung Jerai hingga Kampung Sadik didakwa tidak pernah diturap.

Wakil pengguna, Zulkifi Abd Aziz,49, berkata, keadaan jalan yang ditampung itu menyebabkan permukaan jalan tidak sekata.

“Jalan ini dibina pada tahun 90 an lagi yang menghubungkan Kedah, Perak dan Kelantan.

“Tapi setahu saya, dari Simpang tiga Jerai hingga Kampung Sadik, jalannya belum pernah diturap sebaliknya hanya ditampung,”katanya hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu mengundang ketidakselesaan kepada pemandu sewaktu melalui kawasan berkenaan.

“Pemanduan kita memang terganggu, saya harap pihak berwajib tolonglah turap jalan ini segera,”katanya.

Tambahnya, jalan utama yang dilalui ribuan pengguna dari pelbagai negeri itu sewajarnya dikawal selia dengan baik.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.