Ulu Paip jadi tumpuan riadah

Kejernihan air Hutan Lipur Ulu Paip jadi pilihan keluarga untuk beriadah

KULIM– Hutan Lipur Ulu Paip menerima kunjungan ramai pengunjung pada hujung minggu.

Tinjauan pada Sabtu mendapati orang ramai meluangkan masa hujung minggu untuk beriadah di sini bersama keluarga.

Air sungai yang jernih dan cetek menjadi pilihan ramai untuk bermandi manda termasuk dengan membawa anak-anak kecil.

Kebanyakan mereka turut menjamu selera dengan bekalan dibawa di pondok awam disediakan termasuk di tebing sungai yang redup dengan timbunan daun-daun pokok.

Bagi anda yang mahu ke sini elakkan pada hujung tahun datang pada waktu petang kerana dibimbangi hujan.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.