Anwar terus ditolak, rakyat minta keselamatan negara diutamakan

KUALA-LUMPUR– Petisyen untuk menolak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9 dilancarkan secara dalam talian hari ini.

Petisyen berkenaan dimulakan Abdulllah Fahim.

Asas kepada petisyen berkenaan supaya negara terkawal daripada ancaman COVID-19 dan selamat daripada perebutan kuasa.

“Kami rakyat Malaysia tidak mahu Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi PM ke 9 untuk tahun ini, ini kerana kami sebagai rakyat Malaysia sudah selesa dengan PM ke 8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin buat masa ini.

“Jika Dato Seri Anwar ingin jadi PM biarlah negara ini terkawal dahulu, dari serangan Covid-19. Kami rakyat yang akan tentukan siapa Perdana Menteri jika parlimen di bubarkan nanti, kami rakyat sudah penat dengan cara ahli politik asyik lompat melompat.

“Buat masa ini tolong faham, keadaan rakyat yang susah perlu dibantu bukan menghuru- harakan negara dengan politik sahaja,” katanya.

Setakat ini sudah hampir 5,000 individu menandatangani petisyen berkenaan.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titah Baginda mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala “politicking” yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.