Lakukan pembersihan rasuah besar-besaran

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Datuk Mustaffa Idrus berharap tindakan memburu ‘jerung’ yang terlibat dengan skandal rahsuah diteruskan dengan menangkap ramai lagi bersalah.

Beliau berkata, pembersihan rasuah perlu dilakukan secara besar-besaran di negara ini kerana skandal rahsuah pastinya melibatkan banyak pihak.

“Tahniah kepada pihak kerajaan dan mahkamah kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila berjaya menangkap dan menjatuhkan hukuman kepada pemimpin bersalah.

“Datuk Seri Najib telah menerima akibat daripada perbuatan yang beliau lakukan manakala
isterinya, Rosmah pula hanya menunggu masa untuk meringkuk dalam penjara.

“Tetapi menangkap dua individua itu saja belum cukup, saya berharap ramai lagi yang masih bebas dibicarakan serta dikenakan hukuman. Pastinya skandal rasuah melibatkan banyak pihak,”katanya kepada pemberita hari ini.

Mustaffa yang merupakan pendukung Parti Warisan Malaysia menuntut tangkapan tidak hanya menumpukan kepada pemimpin UMNO.

Sebaliknya katanya, pemimpin dalam semua parti khususnya Perikatan Nasional, Gerakan Tanah Air (GTA), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), DAP, PKR dan Amanah perlu disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

“Masih ramai pemimpin -pemimpin yang kononnya bersih masih bebas dan menjadi hero di atas nama demokrasi.

“Oleh itu, demi keadilan rakyat saya menuntut semua pemimpin dalam UMNO termasuk parti -parti lain bersalah dan terlibat rasuah ditangkap, dibicarakan dan dipenjarakan seperti Najib dan Rosmah sekiranya bersalah.

“Rakyat bersusah susah mereka senang lenang dan hidup mewah,”katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 kepada Datin Seri Rosmah Mansor, 70, selepas didapati bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah pada enam tahun lalu.

Rosmah didapati meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM 6.5 juta menerusi pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Sebelum ini, hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta telah dijatuhkan Mahkamah Persekutuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.