Enam pemain Kemboja positif COVID-19

Enam pemain skuad kebangsaan Kemboja disahkan positif COVID-19

KUALA LUMPUR– Enam pemain skuad kebangsaan Kemboja disahkan positif COVID-19 selepas tamat mengharungi dua perlawanan play-off Pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Guam di Bahrain.

Memetik Asean Football, mereka adalah Kouch Sokumpheak, Soeuy Visal, Chan Vathanaka, Ena Pisey, Sareth Kriya dan Keo Soksela.

Bagaimanapun, mereka tidak dimasukkan ke dalam hospital.

Kemboja layak ke Pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 selepas menang 3-1 ke atas Guam secara agregat.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.