Gua Kelam jadi pilihan bercuti

Antara pengunjung yang datang ke Gua Kelam

PADANG BESAR – Gua Kelam di sini meriah dengan kunjungan pelancong dari serata negeri selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri.

Tinjauan RENTAS7 mendapati orang ramai membawa keluarga mengunjungi Gua Kelam pada hujung minggu.

Bagi yang membawa anak-anak, kebanyakannya tidak melepaskan peluang beriadah dan bermandi manda di sungai di kaki bukit Gua Kelam.

Harga tiket masuk Gua Kelam bagi orang dewasa adalah RM2 dan RM1 untuk pelajar.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.