Mustaffa sedia kembali pimpin parti politik

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Mantan Pengerusi Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Datuk Mustaffa Idrus bersedia kembali ke pentas arena politik.

Setelah meninggalkan PUTRA pada 3 November lalu, Mustaffa kini menganggotai Parti Kuasa Rakyat Malaysia.

Mustaffa berkata, penyertaan beliau dalam Parti Kuasa Rakyat Malaysia bagaimanapun hanya sebagai ahli biasa.

Tetapi katanya, beliau tidak menolak untuk memimpin parti berkenaan di Kedah sekiranya diberikan amanah.

“Saya sedia kembali ke pentas polik sebagai pemimpin. Mungkin juga saya tidak menolak untuk bertanding sekiranya diberikan kepercayaan.

“Pengalaman yang saya miliki sewaktu bersama PUTRA boleh digunakan untuk membantu Parti Kuasa Rakyat Malaysia menerima pengaruh politik daripada rakyat di utara,”katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata, Parti Kuasa Rakyat Malaysia diyakini mampu untuk pergi jauh dengan sentuhan ramai ahli jawatankuasa dan pemimpin berkualiti.

“Dengan jentera AJK yang berpengaruh terdiri daripada pada bekas Exco kerajaaan negeri dan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan tokoh akademik dan usahawan terkenal di Kedah dan juga salah sorang kerabat diraja kedah, parti baru ini saya yakin boleh mendapat tempat dalam hati rakyat di utara amnya dan Kedah khasnya.

“Kita boleh menggemblengkan kekuatan yang ada untuk menawan kerusi DUN atau Parlimen,. Ia tidak mustahil”katanya.

Parti Kuasa Rakyat Malaysia diasaskan abang kandung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri iaitu Kamarazaman Yaakob.

Parti itu memperjuangkan nasib rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B-40) dan (M40).

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.