Venue dan waktu perlawanan Malaysia ditetapkan

Tarikh dan venue Malaysia ditetapkan seperti dalam imej

 

KUALA LUMPUR– Tiga venue dan waktu sepak mula membabitkan skuad kebangsaan pada baki akhir perlawanan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 dimuktamadkan.

Memetik sumber Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Asian Football Confederation (AFC) menetapkan aksi melibatkan Harimau Malaya di Stadium Zabeel dan Stadium Al Maktoum di Emeriah Arab Bersatu (UAE).

AFC telah mengesahkan venue & waktu sepak mula baki perlawanan Kumpulan G di Dubai, UAE dengan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan berdepan UAE di Stadium Zabeel pada 3 Jun, diikuti dua aksi berikutnya bertemu Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) di Stadium Al Maktoum,” kata kenyataan itu.

Malaysia yang kini berada di tangga kedua pasukan dengan sembilan mata berpeluang cerah ke Piala Dunia sekiranya menang baki aksi tiga perlawanan berkenaan.

Kumpulan G melibatkan Malaysia, Thailand, Vietnam, UAE dan Indonesia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.