43 murid bekeperluan khas diberikan pendedahan dalam kem perkhemahan

Guru sedang memberikan tunjuk ajar kepada MBK bagi memupuk daya saing dan daya juang yang sihat dalam MBK

KUALA KETIL – Daya saing dan daya juang murid berkeperluan khas (MBK) SK Batu Pekaka di sini dibentuk dalam perkhemahan program pendidikan Khas Integrasi (PPKI) walaupun negara berada dalam era pendemik covid 19.

Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Batu Pekaka, Siti Rosni Ahmad berkata, progam itu dijalankan pada 22 hingga 25 November lalu sempena hari kokurikulum pendidikan khas.

Menurutnya, ia melibatkan 43 orang MBK, lapan guru PPKI dan empat orang pembantu pengurusan murid (PPM) yang diketuai oleh cikgu Mohd Faizal bin Abas selaku pengarah projek.

“Hari kokurikulum pendidikan khas dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna serta memenuhi matlamat visi dan misi sekolah, daerah, negeri dan negara dalam bidang kokurikulum.

Para MBK sedang menyediakan masakan dalam salah satu aktiviti dalam progam tersebut

“Objektif progam ini bertujuan memupuk daya saing dan daya juang yang sihat dalam kalangan murid murid berkeperluan khas selain mempertingkatkan potensi diri dan mencungkil bakat-bakat baru supaya prestasi diri dapat digilap ke tahap tertinggi,” katanya.

Para guru SK Batu Pekaka dan pihak PPD Baling memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan aktiviti 

Beliau berkata, progam itu juga mengeratkan perasaan muhibbah dan semangat integrasi dalam kalangan MBK yang berbilang kaum.

“Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru SK Batu Pekaka terutama, Guru Besar, Cikgu Kamaluddin Md Akhir yang memberikan sokongan padu kepada progam ini,” katanya.

Progam dirasmikan Penolong PPD Swasta, PPD Baling, Din Jusoh.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.