Malaysia lunyai 3-0 di tangan Vietnam

Pemain Malaysia gagal memgimbangi permainan Vietnam

KUALA LUMPUR– Malaysia gagal meneruskan rentak kemenangan selepas lunyai dibelasah Vietnam 3-0 dalam aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 di Stadium Bishan Singapura malam ini.

Kecemerlangan Malaysia membelasah Kamboja 3-1 dan Laos 4-0 terhenti dengan aksi tidak bermaya apabila bolos dua gol pada separuh masa pertama.

Nguyen Quang Hai minit ke-32 da Nguyen Cong Phuong minit ke-36.

Malaysia sekali lagi dibolosi minit ke -89 oleh Nguyen Hoang Duc.

Kekalahan ini meletakkan Malaysia di tangga ketiga Kumpulan dibelakang Vietnam dan Indonesia.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.