Parti Warisan Negeri Kedah gempur Padang Serai

Mustaffa Idrus tiga dari kanan pada program berkenaan

PADANG SERAI– Majlis Suai Kenal Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah di Restoran Tomyam Sendok Patah Taman Cinta Sayang Sungai Karangan malam tadi mengumpul 30 ahli baharu.

Ketua parti Warisan Bahagian Padang Serai merangkap Naib Pengerusi 1 Warisan Negeri Kedah dan Pengerusi Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, ia satu kejayaan buat Warisan kerana berupaya menggerakkan jentera walaupun baru ditubuhkan di Kedah.

Menurutnya, sebanyak 100 borang keahlian baru turut dihantar pada program berkenaan dengan kesemuanya daripada kaum India.

“Ia membuktikan Warisan semakin diterima penduduk Kedah yang berbilang kaum.

“Sebagai satu parti baru di Semenanjung, Warisan perlu lebih bekerja keras dan saya yakin proses itu akan berjalan lancar sehingga PRU-15,”katanya kepada pemberita.

Seramai 30 ahli baharu hadir pada majlis Suai Kenal Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah

Beliau berkata, setiap ahli Warisan perlu lebih pro aktif dalam mempromosikan jenama Warisan kepada rakyat.

“Pelbagai aktiviti khususnya melibatkan hal kemasyarakatan perlu digandakan.

“Masyarakat perlu difahamkan tentang perjuangan Warisan yang menentang rasuah serta membawa Malaysia ke arah pentadbiran profesional dan keluar dari kemelut ekonomi,”katanya.

Terdahulu, 100 borang keahlian baharu diserahkan Naib Ketua 2 Parti Warisan Bahagian Padang, Sukarnan Tanggaraju kepada Pengerusi Perhubungan Warisan Negeri Kedah, Dato’ Fadhil Hanafi.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Dr Matheyalagan Narayanasamy.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.