Masyarakat Islam Patani rai Hari Raya Enam

PATANI– Masyarakat Islam di wilayah selatan Thailand meraikan Hari Raya Enam hari ini.

Memetik media tempatan, Hari Raya Enam yang sudah menjadi budaya bagi masyarakat Muslim di sana dimulakan dengan aktiviti menziarahi kubur dan bergotong royong membersihkan kawasan perkuburan.

Aktiviti ini boleh dikatakan dibuat di seluruh kampung di selatan Thailand.

Penduduk kemudiannya akan menziarahi antara satu sama lain bagi mengeratkan ikatan silaturrahim.

Tuan rumah kebiasaannya akan menyediakan makanan tradisi seperti lemang, ketupat palas dan lain-lain sebagai hidangan Hari Raya Enam.

Hari Raya Enam akan disambut selepas umat Islam berpuasa Sunat Aidilfitri selama enam hari berturut-turut bermula hari raya kedua.

Amalan yang dijanjikan ganjaran besar pahala ini boleh dilakukan mengikut hari dipilih sepanjang bulan Syawal.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.