“Tolong turap jalan kami”

KUALA KETIL- Penduduk di Kampung Bukit Batu Lintang di sini merayu pihak berwajib menurap laluan menghubungkan rumah mereka dengan jalan raya.

Ketua keluarga, Abd Malek Saad,59, berkata, jalan lebih 100 meter itu belum pernah diturap walaupun sudah tiga kali kerajaan dipilih melalui Pilihan Raya Umum (PRU).

“Bila hujan keadaan jalan ini lebih teruk sehingga kereta pun susah nak lalu.

Abd Malek menunjukkan laluan yang telah diletakkan batu

“Kawasan ini ada tiga buah rumah dan paling hujung ialah rumah kami. Saya harap pihak berwajib dapat tolong turap supaya penduduk kawasan ini dapat menggunakan laluan lebih selesa,”katanya.

Abd Malek berkata, baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria mengambil alternatif menyumbangkan batu untuk menampung  sebahagian kerosakan laluan berkenaan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.