Setuju gencatan senjata, Israel telah pun ‘tewas’

Bumi Gaza bergema dengan laungan Allahuakhbar

GAZA– Laungan takbir – Allah Akbar – bergema di bumi Gaza susulan ‘kekalahan’ Zionis Israel kepada Palestin dalam perang 11 hari .

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kabinet Keselamatan Israel dilaporkan terpaksa menerima cadangan Mesir untuk gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kemusnahan dan kerugian dialami pihak zionis itu.

Ketegangan yang memuncak selepas 10 Mei menyaksikan ribuan roket Hamas dilancarkan dari Palestin ke arah kawasan jajahan yahudi itu.

Serangan balas daripada kumpulan perjuangan Palestin itu gagal dibendung rejim zionis.

Gencatan senjata yang turut dipersetujui dua kumpulan perjuangan Palestin dibuat tanpa syarat pada jam 2 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia).

Ia gambaran jelas kekalahan teruk dan ketakutan yang dihadapi yahudi itu dalam salah satu siri keganasan mereka ke atas penduduk Palestin.

Ekoran ‘kemenangan’ itu, penduduk Gaza berarak beramai-ramai ke Masjid Al Aqsa dengan laungan ‘Allah Akbar’.

Mereka turut mengambil peluang sujud syukur di Masjid Al-Aqsa termasuk menunaikan solat.

Di sebalik perkembangan itu, tentera zionis dilaporkan kembali menyerang Masjid Al-Aqsa selepas 12 jam tempoh gencatan senjata.

Tenterq rejim melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah kepada umat Islam yang baru selesai menunaikan Solat Jumaat.

Serangan zionis terhadap Gaza selama 11 hari mengorbankan 232 penduduk Palestin ysng syahid dengan 65 daripadanya kanak-kanak.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.