Rombongan pengantin kemalangan, dua maut

ACHEH, INDONESIA– Dua maut dan 17 lagi cedera selepas van yang membawa rombongan pengantin merempuh sebuah lori di jalan lintas nasional-Badan Aceh, semalam.

Kejadian berlaku jam 2 petang waktu tempatan.

Mangsa maut dikenali Amri (45) dan Hasniah (48) dari Kota Langsa manakala mangsa lain yang cedera berusia 19 hingga 65 tahun serta dua kanak-kanak berusia dua dan lima tahun.

Menurut polis Indonesia, kenderaan membawa rombongan itu dipandu laju oleh Musliadi,40, dari arah Medan menuju ke Banda Acheh.

Tiba di lokasi, Musliadi yang tidak menyedari terdapat sebuah lori diparkir di tepi jalan merempuh kenderaan itu dari arah belakang.

“Pemandu kereta tidak melihat lori di parkir menyebabkan rempuhan berlaku.

“Lori diparkir itu dilanggar dari belakang oleh kereta penumpang,”kata polis yang dipetik daripada media Indonesia.

Sementara itu, Kompas.com melaporkan empat pesakit dirawat di Rumah Sakit Cut Meutia(RSUCM), Kapubaten Acheh Utara telah dibenarkan pulang manakala 12 lagi mangsa masih dirawat di situ dan dalam keadaan stabil.

Seorang lagi mangsa yang parah dirujuk ke Banda Acheh untuk rawatan lanjut.

Rentas7.com/ photo Kompas.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.