Kuwait, Bahrain uji Malaysia sebelum kempen akhir Piala Dunia

KUALA LUMPUR– Bahrain dan Kuwait menjadi pilihan skuad kebangsaan dalam menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Vocket FC melaporkan, skuad negara bakal melakukan uji cuba menentang Kuwait pada 23 Mei disusuli menentang Bahrain pada 28 Mei depan.

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, dua pasukan Asia Barat itu dipilih sebagai medan ujian berdasarkan kriteria pada corak permainan dan fizikal.

Menurutnya, pasukannya bukan tidak mahu beraksi menentang pasukan dari ASEAN.

Namun katanya, corak permainan dan saiz fizikal pasukan ASEAN yang hampir sama dengan skuad negara menjadi sebab perlawanan persahabatan tidak dilakukan.

“Kami memilih Bahrain kerana gaya serta corak permainan mereka sama dengan Emeriah Arab Bersatu ( UAE ) termasuk dari segi saiz pemain.

“Malah, satu lagi pasukan yang akan menguji pasukan kita juga dari Asia Barat,” katanya dipetik daripada Vocket FC yang memetik Sinar Harian.

Kempen terakhir skuad Harimau Malaya pada Jun akan dilengkapkan menentang UAE pada 3 Jun sebelum menentang Vietnam lapan hari kemudian.

Penutup kempen yang diadakan secara berpusat di UAE itu menyaksikan Malaysia bakal berdepan Thailand pada 15 Jun.

 

Rentas7/ Foto: Vocket FC

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.