Pemandu kereta maut kemalangan

Keadaan kereta dan van yang terlibat dalam kemalangan hari ini

YAN– Seoarang pemandu kereta maut manakala dua lagi cedera dalam satu kejadian kemalangan di Hadapan Hospital Yan, Jalan Yan Kecil, hari ini.

Jurucakap bomba Kedah berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dan sebuah Van jenis Ford Econovan.

Menurutnya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan menerima panggilan kejadian pada jam 1.25 sebelum bergegas ke lokasi.

“Lelaki yang juga pemandu kereta berumur lingkungan 30 an telah meninggal dunia di tempat kejadian dan telah disahkan oleh pihak hospital,”katanya.

Katanya, dua lelaki yang merupakan penumpang kereta dan pemandu van berusia 30 tahun dan 50 tahun turut mengalami kecederaan.

“Semasa ketibaan pasukan keluaran operasi ditempat kejadian terdapat tiga orang mangsa tersepit,”katanya.

Beliau berkata, tindakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan “khas Rescue Tools”.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 2.04 petang.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.