Lelaki lemas akhirnya terapung

Salah satu pasangan sedang disoal siasat

ALOR SETAR- Seorang lelaki warga Pakistan ditemukan mati lemas oleh pasukan bomba di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, semalam.

Jurucakap pasukan bomba berkata, mayat tersebut ditemukan terapung pada 2.30 petang oleh pasukan bomba pada jarak 0.2 batu nautika dari Pos Kawalan Bomba Tanjung Rhu.

“Mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.30 petang ,”katanya.

Terdahulu, mangsa mandi di pantai berkenaan bersama empat rakannya pada jam 8.00 malam kelmarin sebelum dihanyutkan arus ombak.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.