PERKEBA bantu pesakit kencing manis dan darah tinggi

Nazry kanan, Jhangir Khan kiri menyampaikan sumbangan kepada Omar di rumahnya

BALING-Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling ( PERKEBA) membantu meringankan beban seorang pesakit kencing manis di sini, kelmarin

Setiuasaha Kehormat PERKEBA Mohd Nazry Bidin berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan makanan Keperluan harian kepada Omar Md Desa ketika menziarahi pesakit di rumahnya.

Menurutnya, Omar yang turut menghidap penyakit darah tinggi adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Cawangan Kupang Baling.

“Perkeba membantu sekadar termampu mengikut kemampuan Perkeba untuk penduduk di daerah Baling amnya.

“Program ziarah seperti ini kita sudah bermula pada tahun 2010 lagi sehingga sekarang,”katanya.

Beliau berkata, PERKEBA memohon jasa baik mana-mana individu atau syarikat korporat yang ingin menyumbang barangan keperluan harian bagi menjayakan program ziarah Perkeba.

Mereka yang mahu menyumbang boleh menghubungi di talian 011-10861629 (Pejabat Perkeba).

Terdahulu, sumbangan di sampaikan oleh Yang Dipertua PERKEBA Jhangir Khan Kathem Khan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.