Malaysia jumpa Thailand di King’s Cup

Jadual perlawanan

KUALA LUMPUR -Undian Kejohanan 48th King’s Cup dilangsungkan hari ini mempertemukan Malaysia dan Thailand pada perlawanan pertama pada 22 September ini.

Kedua-dua pasukan akan bermain jam 9.30 malam selepas perlawanan pembukaan pada 6.30 petang (waktu Malaysia).

Satu lagi wakil Asia dalam kejohanan empat penjuru ini, Tajikistan diundi bertemu bekas pasukan Piala Dunia 2006 Trinidad & Tobago.

Berdasarkan format, pemenang akan terus bermain di final manakala pasukan tewas akan bermain tempat ketiga dan keempat yang dijadual pada 25 September.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Chiang Mai.

Trinida& Tobago satu-satunya pasukan dari luar Asia.

Pasukan berkenaan membuat sebanyak 13 kali penampilan dalam Piala Emas CONCACAF.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.