Lim Teong Kim ubat kesedihan penyokong Perak FC

Pemilik Perak FC memperkenalkan Teong Kim sebagai jurulatih baharu Perak FC

KUALA LUMPUR – Perak FC tidak menunggu lama untuk memantapkan pasukan menjelang musim baharu akan datang apabila menyambar jurulatih berpengalaman Lim Teong Kim untuk mengendalikan pasukan itu.

Berdasarkan perkongsian di Perak Football Club (PFT), Perak FC telah melantik Teong Kim sebagai jurulatih bagi menempuh bagi musim 2023.

Pengumuman itu membuatkan penyokong skuad Seladang cukup teruja selepas pasukan kesayangan mereka hanya menjadi pasukan belasahan di Liga Perdana musim ini.

Ia juga menjadi pengubat duka mereka selepas Perak FC tersingkir daripada saingan Liga Super pada tahun lalu.

Teong Lim pernah mengendalikan pasukan Bayern Munich Bawah 19 (B-19) tahun, Malaysia (B-16) termasuk berpengalaman sebagai Pengarah Teknikal di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

RENTAS7/ FOTO: PFC

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.