Terengganu terlepas Piala FA

Arif Aiman membuka gol pertama JDT pada perlawanan akhir malam ini

KUALA LUMPUR – Terengganu kempunan untuk merangkul Piala FA selepas tunduk 3-1 kepada JDT pada perlawanan akhir di Stadium National Bukit Jalil sebentar tadi.

JDT membuka akaun gol menerusi rembatan kencang kaki kiri Arif Aiman Hanapi pada minit ke-34 dan kedudukan itu dikukuhkan pada minit ke-64 hasil sepakan penalti Bergson da Silva.

Pada minit ke-75 Tchetche Kipre merapatkan jurang gol, membuatkan Stadium National Bukit Jalil gamat dengan puluhan ribu penyokong Terengganu.

Bergson bagaimanapun memastikan perjuangan Terengganu tamat selepas menyempurnakan hantaran Muhamadou Sumareh minit ke-78.

Beberapa minit sebelum wise penamat dibunyikan, Stadium Nasional Bukit Jalil penuh dengan ribuan penyokong kedua-dua pasukan dilihat mula ditinggalkan sebilangan penyokong Terengganu selepas melihat pasukan mereka sukar untuk bangkit.

RENTAS7/ FOTO: JDT

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.