Malaysia dibelasah 5-0

KUALA LUMPUR– Malaysia B18 menamatkan saingan Piala Sanix Cup di tempat ke 12 selepas tewas 5-0 kepada Sagan Tosu Youth sebentar tadi.

Keputusan penentuan tempat ke 11 hingga 12 itu mencatatkan jumlah jaringan bolos yang sama pada perlawanan kedua ketika tewas kepada Sagan Tosu.

Aksi ketiga Malaysia mencatatkan kekalahan 0-1 kepada Ohzu HS.

Terdahulu, perlawanan pembukaan anak buah Bojan Hodak tewas 2-0 kepada Aomori Yamada.

Skuad pelapis negara tewas 5-0 pada aksi akhir. Kreadit FAM.

Satu-satunya kemenangan ialah ketika menewaskan Varen Nagasaki Youth pada aksi tempat ke 9 hingga 12 hasil jaringan Luqman Hakim dan Firdaus Khaironnisam.

Manakala aksi kedua terakhir bagi penentuan ke 9 hingga 12 Yamanashi Gakauin, skuad remaja negara  seri 0-0 sebelum tewas 5-3 dalam penentuan panalti.

Keputusan boleh dianggap terburuk ini sewajarnya dipandang serius FAM bagi memastikan sukan bola sepak kembali dihormati.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.