Anggota PGA ditemukan mati lemas

Gambar mendiang Simon Laja dari kanan bersama rakan-rakannya

MIRI-Misteri kehilangan dua anggota daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Bantuan Petronas (PBP) sewaktu operasi terjawab apabila ditemukan mati lemas.

Dua mangsa berkenaan terlibat dengan operasi rutin di sempadan Hulu Baram semalam.

Anggota PGA terbabit ialah Sarjan Simon Laja,47, manakala anggota PBP dikenali Sarjan Kemiang.

Kedua-dua mangsa dihanyutkan arus sungai deras pada jam 6.40 petang semalam ketika sedang menjalankan tugas bersama enam lagi anggota, lapor Sarawak Update.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemukan berhampiran Sungai Layun pada jam tiga petang hari ini.

“Kedua-dua mayat seterusnya dibawa ke Klinik Long Lama untuk siasatan lanjut dan akan dibedah siasat,”katanya.

Rentas7 sebelum ini melaporkan dua pasukan keselamatan hilang ketika melalui sebatang sungai sewaktu menjalankan operasi dan terpisah bersama enam rakan lain.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/anggota-pga-hilang/

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.