Mahu manfaat situasi politik cipta kejutan

Mustafa mengunjungi cucunya yang ke-10 di Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) akan mengambil peluang mencipta kemenangan pada PRU-15 di atas kelemahan maufakat parti-parti sedia ada.

Pengerusi perhubungan PUTRA Negeri Kedah, Datuk Mustafa Idros berkata, mngambil peluang di atas situasi itu, PUTRA mengambil keputusan untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.

Menurutnya, bagi konteks di Kedah, sekurang-kurangnya 20 kawasan DUN dan 10 Parlimen akan ditandingi PUTRA.

“Semua kawasan ini kita akan letakkan calon-calon berwibawa. Kita yakin boleh menawan setiap kerusi ini, Insha Allah,”katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, rakyat kini berada dalam kegelisahan memilih pemimpin ekoran parti-parti yang ada tidak konsisten dengan maufakat masing masing.

“Rakyat mula tidak mempercayai perjuangan mereka dan meluat dengan keadaaan sekarang,”katanya.

Beliau berkata, rakyat mula sedar bahawa UMNO sebuah parti yang mementingkan agenda peribadi.

“Dalam Persidangan Agung UMNO (PAU)
baru baru ini, pihak umno langsung tidak membincangkan kesusahan rakyat Dan masa depan rakyat.

“Mereka hanya memikirkan kuasa dan kedudukkan, malah melahirkan kesombongan mereka dengan meletakkan kedudukan mereka sebagai Perdana Menteri negara ini.

“Kesombongan UMNO lebih terserlah apabila menolak calon Perdana Menteri daripada parti rakan maufakat mereka,”katanya.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.