Kedah tewas tipis, JDT ke separuh akhir

Arif Aiman penjaring gol tunggal perlawanan malam ini

KUALA LUMPUR-JDT mara ke separuh akhir TM Piala Malaysia selepas menang tipis 1-0 ke atas lawan dari utara, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Tuan rumah yang diikat 0-0 di Stadium Darul Aman pada aksi suku akhir pertama menang hasil jaringan tunggal Arif Aiman Hanafi pada minit ke-40.

Sekalipun tewas, skuad Kedah tetap mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya mengekang serangan JDT daripada menambah gol.

Tiga lagi pasukan yang mara ke separuh akhir ialah Melaka United yang menewaskan Sabah FC 2-1 sekaligus menang dengan agregat 3-1.

Kuala Lumpur turut menang 1-0 ke atas Selangor dengan agregat 3-0 dan Terengganu menewaskan Sarawak 6-3 secara agregat setelah memang 4-2 ke atas lawan malam ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.