Gatal tekak petanda positif COVID-19

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU-Gatal di bahagian tekak yang kemudian berlanjutan kepada sejuk dan panas dalam badan serta sakit kepala.

Itu yang dilalui seorang individu yang positif COVID-19.

Berkongsi kepada RENTAS7, individu yang ingin dikenali sebagai Ahmad itu memaklumkan dia positif selepas membuat ujian saringan di rumah ekoran kontak rapat kepada pesakit lain.

“Mungkin ini virus jenis Omicron. Saya positif selepas tiga hari seorang rakan disahkan positif. Dua lagi rakan turut positif pada hari ketiga.

“Di sebelah pagi saya rasa gatal tekak. Kemudian sebelah malam kepala mula sakit dan rasa panas dalam badan. Bila buat ujian rupanya positif,”katanya yang kini dikehendaki kuarantin selama tujuh hari oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Katanya, orang ramai dinasihati segera membuat ujian saringan sekiranya mempunyai gejala.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.