Indonesia selangkah ke final

Singapura dan Indonesia sama kuat pada aksi pertama separuh akhir Piala AFF Suzuki

KUALA LUMPUR-Indonesia selangkah ke final selepas mengikat tuan rumah Singapura 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2020 di Stadium Nasional Singapura malam ini.

Indonesia membuka tirai jaringan melalui rembatan padu Witan Sulaeman pada minit ke-28.

Singapura yang terdesak mencari gol lega apabila Ikhsan Fandi menyamakan kedudukan pada minit ke-70 hasil serangan balas pantas.

Kedua-dua pasukan bakal bertemu pada laga kedua pada 25 Disember ini dengan Indonesia berpeluang mara ke final sekiranya berjaya  menewaskan tuan rumah.

RENTAS7/ FOTO: Football Association of Singapore

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.